Sabtu, 19 Februari 2011

Cerita-Mensyukuri nikmat tuhan

Saya sedih apabila mendengar cerita dari seorang teman yang memiliki sebuah kehidupan yang agak rumit. Dia memang seorang anak yang tabah menghadapi segala rintangan dalam kehidupan. Sejak berusia 16 tahun lagi dia tinggal di asrama, ibunya telah meninggal dunia dan ayahnya pula telah berkahwin dan memiliki 4 orang adik, seorang adiknya tinggal bersama pakcik manakala 3 orang adiknya lagi tinggal di Selangor. Dia menceritakan kehidupannya dahulu tidaklah begitu senang. Kalau dia balik dirumah pun dia tidak balik ke rumah pakcik dan makciknya tetapi dia balik ke rumah kawannya. saya pun bertanya dari mana dia dapat sumber kewangan untuk meneruskan persekolahannya. lalu dia berkata, dia berkerja di 'market parkwell', bertekad untuk meneruskan pelajarannya sehinggalah dia menjejak kaki ke tingkatan 6 Atas. Di situlah baru saya mengenali dirinya sebagai kawan, dan pada hari ini barulah saya mengetahui cerita kehidupannya yang sebenar yang telah ditempuhinya pada masa lalu. Kini, dia telah menjadi seorang guru dan mengajar di Telupid, Sabah. memiliki sebuah rumah dan sebuah kereta.

Setelah selesai sahaja saya mendengar cerita mengenai hidupnya, saya sebagai kawan berasa bangga dengan dirinya yang tabah menempuhi semua dugaan dalam hidupnya dan berjaya menjadi insan yang baik dan berguna. saya berfikir, wajarlah dia menerima daripada nikmat tuhan yang telah diberikan kepadanya. Saya juga amat bersyukur kepada tuhan bahawa hidup saya tidaklah serumit yang dialaminya, syukur alhamdulillah......saya mendoakan semoga dia sentiasa beroleh kebahagiaan.


moralnya: ''bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan