Khamis, 3 Mac 2011

Cerita lawak jenaka

Malu bertanya sesat jalan
Ada seorang pemuda yang berumur dalam lingkungan 40-an pergi ke butik kecantikan. Dengan lagaknya dia masuk ke pintu terus menuju ke kerusi yang disediakan lalu dia duduk melihat risalah-risalah promosi yang ada di butik itu. Kelihatannya pemuda itu serba tahu mengenai produk-produk yang ada didalam butik tersebut tanpa bertanyakan sesuatu kepada pemilik butik itu. Pemilik butik itu secara kebetulan duduk berdepan dengan pemuda itu lalu dia melayan pemuda itu dengan baik sekali dan menawarkan wangi-wangian terbaik kepada pemuda tersebut, pemuda itu pun mencuba satu daripada wangian tersebut. Lalu dia mengambil botol itu dan terus membuka tutup botol itu, kemudian dia membuka lengan bajunya lalu menyemburkan minyak wangi itu di ketiaknya. Semua pembantu butik yang ada pada masa itu melihat perlakuan pemuda tersebut dengan tersenyum dan ada pula yang ketawa kerana penggunaan minyak wangi bukan untuk ketiak. Lalu pemilik butik tersebut menerangkan cara penggunaan minyak wangi dengan betul.



ikuti cerita jenaka dan pengajaran selanjutnya….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan