Khamis, 10 Mac 2011

TERPAKSA MENJAUHKAN DIRI DARI SAHABAT YANG SEBAIK DIA…..

Dia tempatku bersandar di kala suka dan duka, setiap ceritaku di pentas dunia ini dialah yang selalu mendengar, memberikan pandangan, nasihat, teguran dan berkongsi pengalaman. Setiap kali perkara yang inginku cuba untukku luahkan aku terus mencari dia. Aku berasa senang hati bila setiap perkara itu sudahku luahkan kepadanya dan setiap kali itu juga dia memberikan kata-kata perangsang untuk aku lebih bersemangat. Dari kebiasaan itu aku semakin hari semakin sayang dengan dia. Kini, dia tiada lagi dalam diari hidupku kerana dia memberitahu dia akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Hatiku menjadi sebak, sedih…. bila dia memberitahu aku perkara itu. Aku terus berfikir tiada lagi sahabatku seperti dia yang sebaik itu. Aku tidak boleh terus-terus mencari dia seperti dulu lagi kerana dunianya sudah berubah. Aku terpaksa menjauhkan diri darinya untuk kebaikan bersama dan aku juga harus belajar untuk membangunkan diri tanpa kehadirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan