Rabu, 2 Mac 2011

Jadilah wanita yang solehah

            Wanita yang taat dan patuh kepada suami iaitu melayan suami dengan baik, menjaga makan dan minum, pakaian dan keselamatan suami, taat apabila disuruh suami untuk membantunya, dan menjaga keselamatan dalam sesebuah institusi kekeluargaan itu. Anak-anak perlu dididik sejak dia masih kecil lagi untuk mempelajari mengurus kehidupan seharian dan pendidikan agama yang kukuh untuk membentuk generasi yang berintelektual. Wanita yang berusaha untuk memantapkan peribadinya adalah tergolong daripada wanita yang solehah. Di mana dia sentiasa  beriman kepada Allah swt, bertaubat, beribadah dan berpuasa. Wanita sebeginilah yang layak untuk membangunkan sesebuah negara islam yang berjaya.
Wanita telah ditempatkan duduk dirumah dan keluar atas alasan darurah dan jangan pula berlebih-lebihan. Keluar rumah dengan menutup aurat bertudung hanya menampakkan paras muka dan menutup dada, pada zaman ini pakaian yang berunsurkan islam adalah pakaian kurung tetapi masih ternampak kaki dan buku lali. Oleh itu, wanita disarankan memakai stoking untuk menutup aurat.    
            Dalam keadaan sibuk menguruskan keluarga, wanita juga perlu untuk menghiaskan diri dan kesihatan. Memiliki ketrampilan yang baik untuk menambahkan lagi keyakinan diri dan semangat dalam menguruskan rumahtangga. Dengan berhias, wanita  boleh memakai barangan-barangan kosmetik, haruman dan perhiasan diri. Misalnya, memakai gincu tetapi janganlah terlalu merah agar wajah kelihatan sentiasa kemas dan menyemburkan sedikit minyak wangi apabila suami melihat dan dekat kepada  isterinya dia akan berasa tenang. Memakai perhiasan seperti cincin pula dibolehkan dan apabila memakai gelang letaklah ia diatas kain menutup pergelangan tangan. Kesihatan juga penting untuk wanita kerana jika ibu yang sakit siapa lagi yang diharapkan untuk menjaga suami dan anak-anak.  
           Bagi wanita yang belum berkahwin dan akan berkahwin disarankan mengikuti ciri-ciri keislaman dalam perkahwinan. Boleh bersanding tetapi bersandinglah didalam rumah dengan dihadiri keluarga yang mahram sahaja seperti ibu dan bapa kerana hanya suami sahaja yang berhak melihat kecantikan isterinya kerana dialah yang membayar mas kahwin si pengantin perempuan. Layanlah tetamu yang datang dengan hiasan yang cantik baju berwarna putih dengan semerbak bunga yang berwarna-warni dengan syarat hanya muka dan tapak tangan sahaja yang nampak.
           Paras rupa yang cantik, berkerjaya, berketrampilan, berpangkat tinggi, dan berharta bukanlah kaki pengukur wanita yang solehah tetapi wanita yang solehah itu adalah dengan memiliki kemantapan peribadi didalam diri, sentiasa ikhlas dan bertaqwa kepada Allah SWT. Kekuatan wanita seperti  inilah yang dapat menyumbang kepada pembangunan ummah agar menjadi negara yang aman dan terpelihara daripada kejahilan. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan